BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 1, 2010

Renungan bersama....


Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... ..Allah tahu batapa kuat engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menengis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... ..Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja... ..Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... ..Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan... ..Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... ..sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur... ..Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... ..Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... ..Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah dimanapun kau atau kemanapun kau berada... ..Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu... ... ... ... .


p/s: sesuai bagi mereka yang frust, kecewa dan terlupa sejenak akan kekuasaan Yang Maha Esa... ..

0 comments: